Di sebalik ziyadah~
Kelas Dabt, rasm dan fawasil bermula pada jam 10 pagi. Aku pun bersegera ke tingkat 5 untuk mengambil projector di pejabat QS. Setelah mendapatkannya, aku pun segera ke bilik kuliah dan terus memasang bagi kemudahan aku dan rakan2 untuk sesi pembentangan.
Sesi pembentangan pun bermula. Dimulai muqaddimah dan isi2 seterusnya. Sedang dalam pembentangan, mulalah kawan2 yang lain bertanyakan soalan dan membuatkan kami semua blur untuk jawab soalan.
Tiba-tiba, Ustaz Mahsur yang ada di belakang kelas bangun menerangkan kembali apa yang kami tak faham. Satu persatu Ustaz terangkan pada kami semua supaya kami semua berfikir dan berbincang tentang masalah tersebut.
Apa yang nak di highlight kan di sini, ialah aku sendiri. Apa yang aku rasa waktu tu.
Pernah tak rasa hidup kita ni selalu dalam kerisauan? pernah kan. Risau pada setiap perkara. Takda baju nak pakai pergi kelas pun risau, apatah lagi sebesar2 perkara. Aku selalu kata dalam diri aku ni, All is well. Segalanya okay. Tiada apa yang dapat menghilangkan risau kita melainkan dengan cara, minta pada Allah supaya aku positifkan diri dan ambil peluang. Ini aku tulis dalam konteks belajar.
Kebiasaannya, aku ni gelabah orangnya. Takut sangat apa akan jadi. Padahal, kita tak tahu apa natijah yang akan allah bagi. Tapi,selepas berulang kali dengan ujian yang sebegini,aku mula belajar dari kesilapan dan aku ambil peluang untuk menerima dan membetulkan kesilapan.
So,apa hikmah yang aku dapat dari semua ni? Guess what??
Aku happy sebab daripada satu kelas tak faham apa kitorang bentang, semua jadi faham, Daripada gelabah menjadi tenang,daripada rasa malu kena tegur bertukar syukur,daripada lupa untuk doa pada Allah untuk dimudahkan, terus istighfar dan ucap alhamdulillah sebab Allah mudahkan.
Indahkan bila kita hidup, hidup kita dalam linkungan iman. Merasakan tiada siapa yang boleh membahagiakan melainkan Dia. Kadang kita tak rasa pun perkara2 kecil ni,biarlah orang nak kata,
" Allah...present je pun"..," Itu pun cuak ke?"..," Pehal feeling lebih2 pulak.."
Okay. I'm fine. But we cannot get all of this happiness even the small thing matters when we don't have any connection to Allah. Trust me. You will regret.
Maybe it is a simple thing to react,but it is GOLD to me. Thank you, Allah.
Untuk korang, hayati setiap amal kita even sekecil perkara. Mungkin itu adalah ilmu yang berkat dan amal yang Allah redha. Who knows. So, lets work hard to grab the chance of mardhotillah!
Satu lagi berita paling shock!
Balik rumah cek akaun,dalam akaun tiba2 ada duit banyak.Dah buat siasatan,bukan dari famili dan seangkatannya. Seingat aku, duit dalam akaun ada rm100+ je. Mana datangnya ya Allah.
MasyaAllah, hasbunallah wa nikmalwakil nikmal maula wa nikma nasir.
Ampunkan aku,ya Allah.
HambaMu.
*Gambar takda kaitan dengan cerita ni, tapi melihat mereka buat aku bahagia keranaMu.