Followers

Saturday, 4 November 2017

KTD dan Seisinya



Pre-convo,Masjid Putra,Putrajaya

Beberapa minggu yang lepas, aku baru sahaja dengan rasminya menamatkan diploma setelah 3 tahun aku berusaha di Kolej Teknologi Darul Naim,KTD. Perasaannya, alhamdulillah tak terkira nikmat dapat habis belajar dan masa tu jugalah perasaan bercampur baur. Tak tahu nak kata sedih ke,terharu ke atau gembira. 

Bila orang tanya" best tak konvo?". Jawapan aku mesti ada em...sebab dah setahun menunggu,mana taknya,mesti rasa macam dah bosan dan hampir takda feeling happy untuk konvo. Tapi,bila insan-insan yang menghargai usaha kita kata," tahniah,ami.." Its really makes me calm. Doa-doa mereka ini hanya dari status di whatsapp,fb dan insta. So heartwarming.

Bila fikir balik,manusia memang tak pernah puas dan rasa sukar untuk mengungkap rasa syukur. Susah untuk kita sedar bahawa setiap detik hidup kita ada insan-insan yang sentiasa mendoakan kejayaan kita dunia dan akhirat. 

Satu kebahagiaan apabila dapat bersama dengan rakan seperjuangan yang sama-sama bersusah payah selama 3 tahun pengajian. Mungkin tak semua, tapi kami cukup bahagia. Mungkin sekejap,tapi kami bermesra. Bila berjumpa,mulalah aku flashback perangai pelik2 mereka. Dan mereka pula malu sebab teringat telatah mereka. hahaha. 

Apa yang aku belajar dari mereka setelah lama bersahabat adalah mereka inspirasi aku bila mana aku rasa aku tak dapat 4 flat, bila mana aku susah dan aku buntu,bila mana aku rasa aku tak pandai apa-apa. Tapi,mereka melengkapkan segalanya dalam hidup aku. 

Seriusla diorang ni pelengkap hidup?

Aku berani kata ya. Sebab, sebanyak mana kelemahan yang kita ada,itulah kehidupan. Selama ni yang aku tahu kena sempurna dalam semua benda,tapi bila Allah datangkan mereka dalam hidup aku, aku sedar terlalu banyak kelemahan yang perlu untuk aku perbaiki. Bagi aku,mereka bukan kawan yang terlalu pandai, terlalu cantik, gojes,pandai makeup,makan tempat2 hipster dan sebagainya. Tapi,mereka apa yang mereka ada dan apa yang mereka usahakan. I accepted them by sake of Allah. Tiada lebih daripada tu. 


I love them💓 Saranghae💗 Daisuki💗 Te Amo💗

Kejayaan ini lebih bermakna bila aku bersama kalian. Terima Kasih Allah.

Coretan ini khas buat mereka,
GengDPIQ,DPIS,DIB

Gambar di atas dari kiri, ( Ami,tima,wana,ina,jipah,kinah)

Yang lain,simpan dalam hati😝 


Merinduimu,
KTD dan seisinya.






No comments:

Post a Comment

kesilapan adalah satu anugerah!

Dua hari yang lepas, ami dan maryam menjalani latihan memandu di pusat akademi memandu, nilai. setelah hampir dua bulan kami tinggalkan lat...