Followers

Friday, 6 July 2018

kesilapan adalah satu anugerah!

Dua hari yang lepas, ami dan maryam menjalani latihan memandu di pusat akademi memandu, nilai.
setelah hampir dua bulan kami tinggalkan latihan, datang nilai balik, banyaklah yang ami lupa. Even dah study balik. Orang kata, practice makes perfect. dah tak practice sapa suruh😅

Hari latihan pun bermula. Ami still orang pertama yang mulakan latihan. Alhamdulillah juga, still bersama cikgu yang sama masa first time latihan. Ami mulakan latihan dengan memasuki jalan 1&2 dan diakhiri dengan 6 ujian yang lain.

Semasa latihan, banyak kali ami buat salah dan banyak kali ami kena " bentak" dengan cikgu. it hurts me a lot. Even macamtu, ami still maintain sado masa latihan. Lama kelamaan, sedar tak sedar airmata jatuh ke pipi. Ahhhhh....nampak tak hati tisu. Sedih sangat. 

" saya kata brek,brekla..yang awak ni menonong ja...awak tak percaya saya ea?"
" pusing stereng..pusing..!!"

Hahhaha. Tula kata2 semangat cikgu untuk ami. Weakness ami masa bawa kereta ni, susah nak stabilkan stereng sebab tak nampak tayar tu pusing macamna. Yup, im a visualise person.

Sedih bukan sebab kena marah dengan cikgu, tapi sedih sebab ami takle buat, ami lupa habis apa yang ami belajar! i am mad to myself. Waktu tu, ami torture habis diri ami..

" asal la kau ni lambat sangat..asal la kau ni lemah..lupa...bla..bla..." 
Sampai ke sudah torture diri. Lemah semangat. Airmata laju jatuh sampai cikgu pun nampak. 

Bila dah habis latihan,

" Ok, sampai sini je ye, kelas awk dengan saya harini.."  sambil senyum. Lepastu mula la perbualan kami..

" awak marah saya ke tadi?.....

" tak cikgu, saya marah diri sendiri sebab takleh buat.."

" saya faham.. lepasni buat elok2. mana2 cikgu ajar benda yang sama je..ye"

" baik cikgu. terima kasih..bukan salah cikgu tau.."

" bila lagi kelas?."

" esok saya ada kelas lagi cikgu"

" oh..ok. Ingatkan setahun akan datang...sambil senyum sinis.

" tak cikgu..."   sambil gelak2 airmata jatuh.

" Assalamualaikum cikgu.."

" Waalaikumussalam.."
 
Tamat kelas hari ni. Ami duduk kat tempat menunggu sebelum sedia untuk balik. 

Sambil menunggu, hati masih risau mengatakan esok aku ni macamna lah ye..


Malamnya, ami prepare notes, ingat balik semua silap yang ami buat. Ami jot down. So, ada notes yang lengkap. Bila menulis, banyak benda kena senaraikan, maklumlah setiap tempat ada tips sendiri untuk mahir. 

Dan esoknya datang balik latihan, ami dah ready. Semua silap ami, ami dah clear dan ami tak ulang untuk latihan hari ni. Dan alhamdulillah, Allah bagi ami improve sangat2 bila ami buat 6 ujian atas litar. Masa atas jalan pula, ami makin ingat jalan 1&2. Stereng yang ami susah nak stabilkan, ami makin mahir, selekoh Z dan S ami makin confident nak buat dan rasa nak ulang banyak2 kali. 
Kaki dah boleh nak jaga brek selalu. So, kurang berhenti2 dalm litar sebab kalau tak, potong markah.

Lepas habis latihan, rasa bersyukur sangat dan apa yang ami rasa masa tu, Allah ja yang tahu.

"Macamni ye kekuatan bila buat silap. kau memang pedih, sedih, tapi momentum yang kau dapat lepastu berkali ganda. Kau cuba usaha sampai kau boleh, kau cuba sungguh2 supaya kau boleh buat.".

Make mistake is the best! kalau asyik betul, hidup ni tak best, tak adventure dan rasa tak worth sebab semua benda kita dah tahu. Momen paling best bila buat salah, bila kita bangkit balik!

Hahaha. Rasa macam dalam drama jepun dah tau.!

Feeling inspired by myself is one of happiness and I'm proud to myself!

Bila fikir balik, macamni ami rasa bila ami jatuh result, result tak cantik macam pelangi..Waktu zaman diploma ja dapat rasa macmtu. Kenapa susah sangat nak struggle belajar untuk dapat yang terbaik??

Pastu banyak lah persoalan yang timbul..kenapa dan kenapa yang tak habis2 sampai ami lapar😅

Ahhhhhhh....rasa nak peluk Allah kuat2 nak cakap terima kasih Allah, terima kasih banyak 10000000xxx.
Maybe lepas ni, susah nak rasa experience macam ni lagi. 

Happy, happy juga. tengah berdebar tunggu result sem 4 ni macamna. i've done my best. 
Tawakal yang pasti.Inshaallah.



thank you, Allah.




No comments:

Post a Comment

kesilapan adalah satu anugerah!

Dua hari yang lepas, ami dan maryam menjalani latihan memandu di pusat akademi memandu, nilai. setelah hampir dua bulan kami tinggalkan lat...