Followers

Friday, 6 July 2018

RASA-RASA RAYA :)

Assalamualaikum semua!

Rasanya masih boleh ucapkan " Selamat hari Raya" kepada semua. Rayakan sebulan😝

Amacam raya korang semua?
Alhamdulillah, moga2 raya kita ni semakin merapatkan silaturrahim antara sanak saudara, sepupu sepapat dan rakan-rakan rapat. Jangan lupa mesej2 kawan2 kita yang kita dah lama tak jumpa dan ucapkan mohon maaf.

Yelah, maklumlah lama tak jumpa. Tapi dengan atas ukhuwah fillah, kita tak lupa sahabat2 kita, betul tak??

Alhamdulillah raya ami tahun ni dapat peluang untuk pulang ke bagan datok,Perak selepas ayah sembuh dari sakit gaot.  Really excited after 6 years tak balik,guys!. Rindu suasana kampung sebab raya first kami akan kumpul ramai2 di ruang tamu dan akan ada sesi bermohon maafan sesama famili dan seterusnya adakan sedikit tazkirah raya dari kakanda ayah, pakde awi.
Maybe tak ramai,tapi kami seronok dan bersyukur even abg2 tak dapat beraya bersama,hanya yang bujang2 je ikut.

Feeling raya kali ni lebih bermakna, sebab......ami semakin dewasa😻
Dewasa tu bukan hanya dengan bertambah umur, tu semestinya, tapi apa yang ami lihat dan hayati dalam raya kali ni. Majoriti, mereka2 yang ami ziarah ni semuanya dah tua dan berkerusi roda. Yang dulunya ami nampak masih sihat dan masih kenal nama dan rupa tapi kali ni kami balik jenguk, mereka2 ni dah tak bermaya dan dah lupa.

Actually sangat2 tersentuh hati bila tengok mereka yang dah tak upaya nak buat apa2. Setiap kali rumah ke rumah, semuanya sama. Perasaan yang sama. Sedih,hiba.
Selepas selesai raya rumah belah mak ayah, perak dan batu pahat, maka berangkatlah kami ke rumah, kampungku, Sg.tiram.

Sesi beraya ke rumah jiran-jiran terdekat pula.
Ada satu malam tu, ami,mak dan ayah ziarah rumah seorang makcik ni. Rumah dia dekat ja dengan surau dan dia hidup seorang selepas suaminya meninggal beberapa tahun yang lalu. Panjang lebar kami sembang tiba-tiba...,

" khalik, nanti kalau akak meninggal,masuk rumah akak dari atas, jangan robekkan pagar ni, nanti rosak. pastikn mandikan akak di surau ni dan hantar akak punya mayat ke melaka.."

Kami tiga beranak yang dengar ni, diam dan tersenyum je tak tau nak react macamana . sambil2 tu, mak dan ayah bertukar nasihat yang mengingatkan mati tu tak kira masa dan tempat, cepat atau lambat. Muda atau tua. kalau Allah nak amik, Allah boleh amik bila masa.

Satu muhasabah bagi kami tiga beranak, tepat pada waktunya sebab suasana hening malam rasa sangat. Sunyi. Maka benarlah, Sesungguhnya mati itu sebaik2 peringatan.
Selesai bersalaman, kami pun balik dan masing2 duduk di ruang tamu muka sambil dongak ke atas.
Ingat balik apa yang makcik tadi tu pesan. Meremang juga bulu roma tadi.
First time datang raya. orang bagi wasiat terus untuk persediaan matinya.


Yang sekarang, aku ni bagaimana?
Dah ready ke aku ni nak balik pada Allah?
Dah cukup ibadah untuk aku persembah depan Allah?
Apa bakti kau untuk mak ayah dan juga untuk ummah?
Dah jadi ke kau seorang hamba ideal yang Allah nak kan?
Dah ke.......................................................................

dan bersambung dan tak pernah habis.

Lepas hari2 yang dilalui, hati ami terus kata,

" Raya bagi aku, melihat nikmat dengan kaca mata keinsafan . Mereka semakin dekat dengan Tuhan sebab sakitnya mereka, Allah ampunkan dosa."



Still, Salam lebaran 2018💗






No comments:

Post a Comment

kesilapan adalah satu anugerah!

Dua hari yang lepas, ami dan maryam menjalani latihan memandu di pusat akademi memandu, nilai. setelah hampir dua bulan kami tinggalkan lat...